I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengikut

Ahad, 23 Januari 2011

hidup bermakna...

'Hidup bermakna" kata2 yang sungguh simple, tapi padat maknanya.  Aku cukup suka dengan ucapan ini.  Apa yang aku faham, hidup bermakna menggambarkan bahawa hidup ini perlu mempunyai dan memberi makna kepada diri kita dan orang lain. "Mempunyai makna?" dengan kata lain, memberi faedah dan manfaat kepada diri kita dan orang sekeliling kita.

Sebagai hamba kepada Pencipta, hidup bermakna bermaksud kita jadikan hidup yang sementara ini memberi makna kepada kita untuk penghidupan akhirat yang kekal abadi.  Mentaati Allah dan menjauhi laranganNYA itulah antara cara untuk kita hidup bermakna. Buat yang wajib, tambahkan dengan sunat, dan tinggalkan yang haram. Very simple dan senang.  Tak susah mana pun untuk menjadi hamba yang bermakna.
bercerita tentang perkara sunat, aku teringat lagi kata2 Ustaz Zahazan, dalam segmen 'Tanyalah Ustaz'.  Beliau memberitahu tentang kelebihan solat sunat Dhuha.  Bermula dari situ aku mula berusaha untuk komited dengan solat sunat yang satu ini.Katanya solat sunat Dhuha pembuka pintu rezeki, pembuka pintu jodoh...dan betullah yang diberitahu oleh ustaz Zahazan.  Rasa2nya gaji aku tu biasa aje, macam beberapa tahun lepas, cuma bertambah sikit around RM 160 aje setahun, tidaklah banyak...tapi berkatnya tu, rasa macam gaji berjuta2....Alhamdulillah.Terima kasih kepada ustaz Zahazan....pahala berterusan untuk ustaz. Dan rasanya hidup akupun sekarang ini lebih bermakna.  yang paling seronok, aku dah ada follower.  Buatlah, hanya dua rakaat, setengah jam selepas syuruk, dan setengah jam sebelum zohor...anda telah membina satu kehidupan yang bermakna di dunia dan membina sebuah mahligai dalam syurga....hanya untuk dua rakaat itu...

cik n mek...dalam kenangan
Sebagai anak, hidup bermakna dengan mentaati ibu bapa, menghormati mereka dan merasakan benar2 pengorbanan mereka.aku cukup tersentuh sampai mengalir air mata, dengan kisah yang disampaikan oleh motivator di radio IKIM hari ini. kisahnya tentang kasih seorang ibu.  menurut motivator tersebut, kisah ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang ahli bomba, yang cuba menyelamatkan ibu dan anak dalam kejadian kemalangan yang amat mengerikan.  Dalam kemalangan tersebut, hanya anaknya selamat.  ibu dan bapanya terkorban.
Ibu tersebut dalam keadaan yang sangat teruk lukanya dan sedang menanggung kesakitan yang amat sangat, sempat lagi meyusukan anaknya yang sedang menangis, ketakutan dan terkejut agaknya, walaupun dirinya sendiri dipenuhi dengan darah lukanya dan menahan kesakitan yang amat sangat. Anaknya dipeluk dan dicium seolah2 tidak mahu melepaskannya, sehinggalah rohnya tercabut dari jasadnya. kasih ibu, kasih yang bermakna kepada anak....tapi pernah tak kita terfikir untuk menjadi anak yang bermakna kepada ibu kita?

Berbaktilah kepada ibu dan bapa selagi mereka ada....dan kepada yang telah ketiadaan ibu dan bapa, berbuatlah amal kebajikan semoga amalan anda menjadi saham pahala kepada mereka.  bukan hanya doa mohon keselamatan sahaja, tapi apa sahaja amal perbuatan anak2 akan menjadi saham akhirat untuk ibu dan bapa....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


klik...