huh..sedapnya..petang tadi aku masak gulai lemak ikan, entahlah ikan apa..tapi kakak yang jual ikan kat tepi jalan tu beritahu, namanya 'ikan pisang'. entah betul, entah tidak. tapi yang penting sedap...well...tengoklah pulak sapa yang masak kan? my hubby siap makan bertambah 2-3 kali. nampak sangat isterinya ni pandai masak...kah..kah..kah..sebenarnya nampak sangat jarang masak.huhuhu..
sebut pasal jarang masak ni, aku bukannya tak nak masak, tapi kadang tu penat sangat. selalu juga aku terfikir, kita ni selalu kelelahan dan kepenatan mengejar dunia. pagi2 lagi dah keluar rumah, petang2 baru balik rumah. let say, pukul 6.00 pagi dah bermula rutin di rumah...pergi kerja, balik rumah dah pukul 4.00 petang. hampir 10 jam kita habiskan untuk rutin harian kerja. dalam masa 10 jam tu, kita habiskan 15 minit untuk solat zohor. kalau rajin bolehlah buat solat sunat dhuha, katalah 15 minit jugak. so, 10 jam kerja, hanya 30 minit sahaja untuk ibadah, berbaloi ke?
So, apa cara untuk kita kaut segala pahala daripada kerja dunia kita? Senang sahaja, NIAT...sebab niatlah yang membezakan antara rutin dan amal, antara adat dan ibadat. Jadi kalau kita nak pi kerja, mulakan yang pertama dengan langkah kaki kanan beserta dengan niat kerja kita kerana Allah..contohnya " Ya Allah, aku bekerja, kerana Engkau ya Allah,atau untuk mendapat keredaan Engkau ya Allah"...tapi mestilah kerja yang halal kan.. Jadi, Alhamdulillah, kita mendapat pahala berterusan selama 10 jam kita bekerja, sebagai bonusnya...Allah akan memberkatinya dengan menganugerahkan ketenangan hati kepada kita, tak delah nak tension2 lagi, orang sekeliling akan suka, kita bekerjapun luarbiasa tekunnya... Tak percaya? Cubalah..dan beritahu saya...
Penat dan letih kita kejar dunia? memanglah...habis tenaga dan kudrat kita untuk dapatkan habuan dunia. tapi dunia ni makin kita kejar makin lagi dia jauh, sedangkan akhirat kita (mati) makin mendekat. kuantiti dunia kalau nak dibandingkan dengan akhirat seperti sebutir padi dalam seguni beras..tapi itu juga yang kita kejar. Nilai dunia ini hanyalah ibarat seekor bangkai anjing sahaja, tapi dunia jugalah yang kita cari.
Ini bukan bermaksud kita kena tinggalkan dunia, tinggalkan semua kerja dan tanggung jawab, sebab nak fokus kepada akhirat sahaja. ini satu pandangan yang salah. Ambillah dunia sekadar perlu sahaja, dan jangan lupa untuk mendapatkan ganjaran untuk akhirat.
"Bekerjalah untuk duniamu seolah2 kamu akan hidup seribu tahun lagi, tapi beramallah untuk akhiratmu seolah2 kamu akan mati keesokan harinya"...mafhum hadis Rasulullah s.a.w
Selalunya kita bila kat tempat kerja, semua benda kita boleh buat : berlari ke hulu ke hilir, panjat naik dan turun tangga. menghadap komputer, menghadap pelajar, menghadap kerja2 yang menimbun, etc. tapi kenapa bila nak solat, nak menghadap Allah Rabbul Jalil, Maha Pencipta, kita rasa penat, kita rasa lelah...nak habiskan 4 rakaat tu pun rasa macam lama bebenor?Ya Allah, janganlah Engkau timpakan perasaan ini kepada ku.
Sedangkan pada hakikatnya...waktu solat itu adalah waktu yang sangat penting bagi diri manusia. waktu untuk bersantai2 dengan Rabb kita, waktu untuk kita bersembang2 dengan Allah, waktu rehat setelah seharian bekerja. mengikut kajian ahli sains juga mendapati solat boleh menenangkan jiwa. perlakuan dalam solat boleh memberikan kesihatan kepada minda dan fizikal manusia.kajian itu juga mendapati bahawa jantung manusia berada di peringkat yang paling normal adalah ketika takbir kita untuk berpindah dari rukun rukuk ke sujud.Allahu Akbar! Maha Suci Engkau ya Allah...
Kalau kita sedih, solatlah medium yang paling mujarab untuk kita meluahkan perasaan kita kepada Allah. Kenapa? Allah tak tahu ke kita sedang sedih?..No, salah tu, sebab Allah itu Maha Mengetahui. Tapi kan seronok bila kita dapat meluahkan perasaan kita kepada seseorang yang sudah mengetahui hal keadaan kita, tapi dia mendengar dengan teliti seolah2 dia belum mengetahuinya... mana ada a good listener macam tu...kalau kita meluahkan perasaan kepada suami atau kawan, paling2 dia mendengar dengan telinga aje, mata ke lain, hati pun entah ke mana2...
Dengan Allah? kita boleh bersembang, bercakap, meluahkan apa sahaja...unlimited skop. asal sahaja kita mahu. lagi pula, ada satu petikan, cuma aku lupa kat mana aku bacanya...:-(..yang menyebut tentang permintaan malaikat supaya dimakbulkan segera doa seorang hamba (someone else)..tahu apa jawapan Allah?
"...tidak, sebab AKU sangat suka mendengar hambaKU berdoa kepadaKU".
...Allahu Akbar, aku rindu sangat2 untuk bertemu MU, cuma aku takut, layakkah aku untuk itu? Semoga aku ada peluang itu. Takut aku, kalau2lah ada..memang ada kot..kesalahan yang walaupun kecil menjadi penghalang untuk aku bertemu dengan MU dalam syurga nanti..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan