Hummmmm....sekarang cuti sekolah sempena raya aidil adha. Biasanya kalau cuti2 ni sangat sinonim dengan majlis kenduri kahwin. Walimah sana, walimah sini...kanopi sana, kanopi sini... Kad2 jemputan kahwin pun tak bersusun-susun minta dihadiri...
Bila sebut pasal kahwin ni, rasa macam nak kongsi dengan bakal2 suami dan isteri, kalau boleh dikatakan nasihat, hah..gitulah gayanya. Bukan teror pun, tapi sekadar berkongsi pengalaman yang ada...
1. Sabar...hidup berumah tangga ni kena banyak bersabar. Yelah, dua orang manusia yang berlainan latar belakang, berlainan cara dibesarkan, berlainan persepsi, tiba2 nak hidup bersama dalam satu rumah, satu bumbung, satu bilik, satu katil, tapi dua bantal...Jadi kalau timbul perselisihan, bersabarlah. Jangan mudah mengikut perasaan...bawa berbincang elok2, jangan masing2 bersifat ego. Takkan menyelesaikan masalah kalau masing2 berdegil.
2. Kurangkan membebel....lagi2 kalau lelaki yang suka membebel, buruk bebenor. Kalau perempuan tu, kira oklah lagi...
Kebiasaannya kita akan membebel bila kita rasa tak puas hati, atau bila kita marah, atau tak suka. Jadi untuk menyedapkan rasa dan menambahkan lagi jumlah perkataan bebelan kita, maka kitapun kaitkan semua dengan perkara2 yang tak berkaitan atau perkara2 yang dah lepas. Pok pek..pok pek..pok..pek...tak berhenti2, tak ada full stop. Hish...rimas dan lemas. Mintak oksigen! mintak oksigen!Rimas! Lemas!
Dah namanya bebelan, mestilah panjang berjela. Termasuklah mengungkit benda2 yang dah lepas. Hish...benci betul dengan orang suka mengungkit2 perkara yang dah lepas. Kita hidup dengan masa depan, orang yang macam ni (suka mengungkit) hidup dengan masa lalu...Huh! Tak maju langsung.
Beri nasihat, jangan membebel. Ada beza ke? Ada...nasihat lebih kepada fakta tepat dengan apa yang sedang berlaku. Membebel pula, fakta tepat, tapi dikaitkan dengan benda2 yang dah lepas yang dah boleh dipanggil "closed case" antara kita dan dia.
3. Bertolak ansur.....jangan fikir diri kita, ego kita atau marah kita saja, kena ingatlah kita ada partner, ada rakan kongsi yang perlu kita ambil kira perasaannya. Perkahwinan ini bukan hanya perkongsian fizikal, tapi perkongsian emosi dan perasaan. Perkahwinan adalah 'Give and Take'. Saling memberi....jangan harap pasangan kita aje yang perlu bertolak ansur, mulakan dengan diri kita dulu....kalau kita nak hidup bahagialah...kalau tak nak bahagia, berumahtangga pun sesaje aje...hah.... jangalah bertolak ansur...
5. Hormatilah ibu bapa mertua....kalau boleh layani mereka 'lebih'. Contoh senang, kalau kat mak ayah kita bagi sebiji epal, kat mertua kita bagilah lebih sikit. Tunjukkan kasih sayang yang lebih kepada mertua. Ish, kenapa pulak? Yelah...kalau setakat mak bapak kita yang tersinggung, mak bapak kita, tak adalah mereka nak mengumpat kitakan? Kalau mertua tu, ada potensi....huhuhuhu... bukan niat aku nak menuduh, tapi itulah hakikat yang tak berapa manisnya
Lagi satu, 'What u give, u get'...formula yang very simple tapi penting. Kalau kita hulurkan kasih sayang, maka kasih sayanglah yang kita dapat. Itulah hidup....
6. Nasihat khusus untuk lelaki @ bakal suami... kenalah pandai mengambil hati isteri. Masa bercinta, kemain lagi ayat2 cintanya...tangkap lentok. Tapi sekali dah kahwin, ayat2nya entah kemana, cintanya pulak hilang di tengah jalan... jangan macam tu.... hati perempuan ni bukan macam kotak kayu, bukannya anak patung... kenalah belai, kenalah ucapkan sayang selalu. Jangan anggap enteng dengan bahana hati perempuan. Kalau rasa macam suami dah tak peduli, macam2 boleh berlaku...haiyok! tak tahu....pandai2lah suami nak ambil hati isteri semula...dan jalannya lagi susah...so, beringatlah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan