lovebird....
Aduhai! kenapalah pulak aku nak upload gambar2 burung nih? Sebenarnya saje je, alang2 aku dah snap gambar2 burung yang menjadi kesayangan suamiku, apa salahnya kalau aku kongsikan keindahan ciptaan Allah ini dengan pembaca2 budimankan....sambil 'cuci2 mata' bolehlah tingkatan iman kepada Allah...
Sebenarnya dalam sedar atau pun tidak, naluri kita atau fitrah kita macam ada chemistry dengan ciptaan Allah. Seronok sangat dan kita sangat cenderong untuk mendekati alam ciptaan Allah....Kita lebih tenteram melihat keindahan pantai dengan pepasir yang memutih, daripada melihat bangunan2 yang dibina daripada pasir juga.Bila lihat keindahan ciptaanNYA, hati kita rasa tenang dan aman. Kalau anda nak tahu, itulah tanda2nya fitrah kita sangat suci dan bersih.
Allah adalah kecintaan kita yang pertama " first love". Cinta pertama takkan kita lupa selamanya. Bila kita melihat sesuatu yang ada kaitan dengan 'dia' rindu pasti akan menggamit rasa. Begitulah cinta pertama kita kepada Allah. Kita akan rasa 'sesuatu' bila kita lihat alam 'hasil ciptaan' Allah. Secara automatis lidah kita akan mengucapkan betapa indahnya alam ciptaan Allah.
Dan betapa hati kita ingin sangat2 untuk berlama2an dalam suasana begitu. Kenapa? Kerana hati kita mengingati sesuatu yang pernah kita cintai. Cuma malang bagi diri kita, bila hadir ke alam dunia ini, segala kekotoran dan debu2 maksiat dan dosa telah mengelabui ingatan kita kepada cinta pertama kita, iaitu cinta hakiki kepada Allah.

Jadi bagi sapa2 yang mengatakan lelaki itu, atau perempuan itulah cinta pertama saya, sebenarnya ianya adalah satu pembohongan.Kerana cinta pertama kita semasa di alam roh dulu adalah CINTA ILAHI

Tiada ulasan:
Catat Ulasan