Bercerita tentang
lelaki ini, banyak perkara yang kita perempuan
sukar untuk memahami mereka. Aku sendiri pun dah
berbelas tahun mengahwini seorang lelaki, masih lagi sukar untuk memahaminya. Ada banyak persoalan2 tentang lelaki yang aku tak faham dan lelaki sendiri tidak memahaminya.
Alangkah bagusnya, semasa kita (perempuan lah...)
mengahwini seorang lelaki, mak bapak dia bagi terus satu salinan manual macam mana nak menguruskan anak lelaki mereka. Jika timbul ' troubleshooter' kita boleh rujuk manual apa yang patut kita buat. Kalau dia meragam, apa tindakan kita untuk menghentikannya. M
acam kita beli alat2 eletrik atau elektronik, mesti ada manualnya kan?. Huhuhu...tapi itu mustahilkan.ish..ish..cik jah nih, biar betul...
Troubleshooter 1 : Sukar menerima pandangan atau cadangan perempuan (isterilah tu...)
Pernah tak korang (sang isterilah) mengalami satu situasi, suami sedang memandu kereta....dan kita tersesat? Pernah? Mesti pernah kan?
Suami kita sanggup memandu berjam2, tanpa ada usaha untuk bertanya dengan sapa2 yang ada kat tepi jalan ke, kat kedai mamak ke, atau makcik2 yang dok jemur kain ke. Mesti kita rasa heran. Tak penatkah suamiku. Kenapa tak bertanya kalau dah tahu sesat. Bila kita bagi cadangan...
"Abang pilah tanya kat makcik tu.." Apa respons cik abang anda?
Dijegilnya mata kat kita. Atau dia akan menjawab..."Alah saya tahulah, awak tu dok diam2.." atau....'Eh! sapa dreber nih, saya ke awak?.. paling tidak pun dia diam aje dengan muka sebal. Huhuhu..mesti pernahkan?
Kenapa suami kita bertindak begitu? Bagi kita perempuan, apa salahnya kalau bertanya....bak kata pepatah Melayu, kalau malu bertanya sesat jalan. Apa pasal hah? Sebenarnya bagi lelaki@suami, sebarang cadangan daripada isteri tu seolah2 menjatuhkan imej mereka. Sebenarnya kalau kita kata kat suami..."Abang, pilah tanya kat makcik tu..". Apa yang mereka dengar ialah ..
."Awatlah bodoh betul awak nih, sampai boleh sesat.." ataupun ...
" Eeee..teruknya awak.." sedangkan lelaki ni jenis spesis makhluk manusia yang sentiasa
'budget' bagus....(perasan baguslah tu...)so, kalau ada teguran atau cadangan daripada the other spesies, mereka akan rasa 'down' sangat2.Hohoho...itulah pasal suami tak leh terima cadangan isteri....BUDGET BAGUS..(
walaupun tak berapa bagus).Mereka rasa, mereka perlu sempurna dan mesti sempurna, tidak ada kecacatan. Hasil kerja mesti bagus, tidak perlu dikomen Emmmmm...nasiblah perempuan, berkahwin dengan lelaki.
Cara mengatasinya :
Untuk mengatasi atau 'coupe' problem ini, kita mesti memahami dulu, kenapa lelaki bertindak sebegitu. Sebenarnya bukan salah mereka pun...
(saje nak bagi sedap hati kaum adam ni, lepas aku kutuk mereka habis2an). Sebab ada juga lelaki yang tidak setegar itu sikapnya. Sebenarnya semua bermula semasa proses pembesaran mereka. Cara mereka dilayan oleh ibu bapa menentukan level sikap ini. Biasanya anak2 lelaki yang selalu diberi tanggungjawab atau dia memang anak lelaki sulung dalam keluarga akan menjadi individu lelaki yang sebegitu. Dialog ini kita biasa dengar :
" Along, nanti ayah tak ada nih, tolong jaga mak, jaga adik2"....atau ..."Abang Ngah, jaga adik, jangan sampai jatuh.." etc.
Maka mereka akan membesar sebagai lelaki
yang sentiasa 'rasa' mereka mesti bagus dan sempurna.
Jadi bila kita berurusan dengan mereka, pastikan ego mereka tidak tercalar, gunakan kebijaksanaan anda supaya mereka sentiasa merasa diri mereka bagus...huhuhu..pujilah dulu supaya ego mereka tinggi, lepas tu baru kutuk....hahahaha..nak hidup biasalah...
You can try this:
"Abang, saya rasa abang mesti sangat familiar dengan jalan2 kat sini kan? dan tak mungkin kita sesat .....cuma mungkin jalan2 kat sini dah berubah kot, bangunan pun dah bertambah (seolah2 jalan kat situ yang salah, suami kita tak salah..hohoho)....itu yang kita sesat sikit..., cuba2 kita tanya kat restoran tu, sambil2 boleh basahkan tekak" Agaknya suami kita terima dak?
Oklah....kita jumpa lagi dalam 'troubleshooter' lain pulak ya!