Hati ini cukup tersentuh dengan insiden ini. Inilah remaja dan bakal menjadi dewasa yang bakal menjadi pemimpin nanti. Kalau tak jadi pemimpin negarapun, mereka juga menjadi pemimpin kepada negara kecil mereka iaitu keluarga atau paling tidak pun menjadi pemimpin kepada diri mereka sendiri.
Wahai anak2,
solatlah...5 waktu aje sehari semalam.
Tidak lama pun. Let say, satu waktu solat 5 minit, sehari semalam anak2 hanya gunakan 15 minit sahaja daripada 24 jam masa yang diberikan oleh Allah kepada kita. Anda masih mempunyai 23 jam dan 45 minit lagi untuk urusan2 lain lagi. Takkan tak boleh. Tapi kenapa kita rasa macam lama aje? kenapa rasa macam susah aje? sebenarnya itu hanya perasaan aje, perasaan yang diperhias indah oleh syaitan. Macam yang disebut oleh Allah dalam KitabNYA(mafhum) solat itu terasa berat, kecuali bagi orang2 yang khusyuk...
Kenapa tak solat ? Antara alasan :
- Tak sempat ......dah tu, awak dok buat apa sampai tak sempat? Tak ada buat apa2..
- Tak sempat...banyak kerjalah, homework bertimbun ..... alahai, solat tu sekejap aje, 2-3 minit dah siap.Anggap aje, commercial break. Masa untuk muscle kita berehat sekejap.
- Tak sempat....kenapa? saya keluar shopping atau makan2 dengan kawan. ooooo....jadi, tak ada masjid/surau la dekat2 area tu?
- Seluar/baju kotor...ada nampak tak najis kat baju awak? Tak...dah tu, solatlah, unless kalau awak nampak najis berketul2 kat baju/seluar awak.
- Tak ingat bacaan solat - selalunya doa qunut atau tahiyyat akhir atau bacaan duduk antara dua sujud. Hemmmm....ada usaha menghafalnya? Tak ada...Oklah...cara very simple, awak photostat aje teks bacaan tersebut, besarkan saiznya, lepas tu tampal aje kat mana2, kat dinding ke atau kat almari ke atau kat mana2 yang agak2 awak boleh nampak dan boleh baca masa tengah solat. So, ketika dalam solat, bacalah berpandukan teks itu...tak ada benda yang tiada solutionnya. Nak atau tidak aje.
- Terlambat bangun...takut nanti lewat sampai sekolah atau ofis...jangan macam tu, utamakan perintah Allah, pasti Allah akan menolong anda. Kalau subuh tu, tak sampai 3 minit, dah siap. Jangan risau tak tentu pasal.
- saya masih muda....sori to say, mati itu tidak mengenal usia. Dan saya selalu berpesan kepada pelajar saya, tanggapan ini adalah tanggapan yang saaaaaaangat silap. Kenapa silap? Saya suka menegaskan... apa yang anda lakukan di usia muda anda, maka itulah gambaran anda di masa tua nanti. Rasionalnya mudah sahaja. Kalau anda seorang yang sangat committed dengan solat semasa muda, maka di masa tua ianya akan menjadi mudah, kerana ianya dah jadi satu kebiasaan. Tapi kalau di usia tua, anda baru nak memulakannya, ianya agak sukar sebab belum terbiasa. Dan di usia tua juga, badan kita pun dah lemah dan kurang bertenaga atau mungkin dah dihinggap berbagai penyakit.
Itulah selalunya alasan yang diberikan....nak seribu daya, tak nak seribu dalih...
Yelah kat atas dunia nih bolehlah bagi berbagai alasan. Tapi sekali dah masuk lubang kubur nanti, baru padan muka kita. Mulut dan lidah dah tak boleh nak berbohong lagi, dah tak boleh mencipta pelbagai alasan lagi. Dipukul dan dipalu oleh malaikat mungkar nakir. Dibelit dan digigit oleh ular sepanjang sebulan perjalanan. Kita merintih dan meraung kesakitan di seluruh anggota badan selama 40 tahun, sehingga hancur segala badan kita, lalu penderitaan itu akan berulang lagi, sehingga bila? Sehingga tibalah Hari Yang Pasti : Kiamat. Itu cerita dalam kubur.
Cuba anda perhatikan orang di sekeliling anda, jiran atau saudara mara anda. Cuba buat senarai semak:
- Orang yang kurang berada dan kurang bahagia
- Orang yang miskin tapi bahagia
- Orang yang tak punya apa2 tapi sangat bahagia
- Orang yang semua ada tapi tak bahagia juga
- Ada orang yang sentiasa berkeluh kesah
- Ada orang yang sentiasa tenang
- Ada orang yang sentiasa dirundung duka
- Ada orang yang macam tak derita
Cuba perhati, persamaan antara orang2 yang tak bahagia adalah kealpaan mereka daripada mendirikan solat. Betul? Ini hipotisis saya berdasarkan pemerhatian saya terhadap individu2 yang saya kenali di sekeliling saya. Ada orang yang semua benda yang dibuat, semua benda jugalah yang tak menjadi. Tak habis2 ditimpa masalah. " Binalah hubungan yang hebat dengan Allah, pasti anda akan menjadi manusia hebat di dunia"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan