I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengikut

Khamis, 1 September 2011

projek sebelum raya..

Huhuhuhu....bila sebut projek, bunyinya macam besar aje. Macam projek jutaan ringgit.Tak adalah cik pah oii...projek besar pada nama, tapi bajetnya ciput aje. mengecat pagar rumah.  Huh! cik jah ni suka bebenor buat gempak, tekejut teman mendengarnya, ingatkan projek nak buat renovation ke, fly over sampai kat rumah hang ke, hok alah la...kalau sekadar nak mengecat, tak payahlah nak dimasukkan ke dalam blog nih! buat menyemak aje...


Cik pah oiiii, itu aku punya pasallah, nak share dalam blog ke, nak shar dalam efbee ke, what ever la...agak2 aku kau ni memang kaki jeles punya manusia. tapi walau apapun, cik pah memang teman se'blog' yang paling rapat dengan aku.
Pagar rumah aku nih,kalau kau nak tahu cik pah, dah lama siap. Sampai dah naik kulat, belum juga bercat, cuma  pakai baju coat aje (cat under coatlah tu) belum dipakaikan coat2 yang bewarna warni, so sempena raya, teringinlah pulak nak warni-warni di aidil fitri...anak dara aku pun sibuk nak mengecat jugak...hahahaha..layanlah gambar2 kemeriahan mengecat itu.....dan cik pah, tutup sikit mulut kau tu, nanti masuk lalatlah pulak...


Gaya seorang professional 
nak mengecatpun kena shoot dulu...


tukang sibuk....



konon...mengecatlah tu...

Suamiku yang tersayang......


selepas diberi sentuhan kreatif...hohoho


Tiada ulasan:

Catat Ulasan


klik...