I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengikut

Khamis, 1 September 2011

Selepas 17 tahun...

Raya tahun ini kusambut dengan berbagai rasa.  rasa sedih dan sebak rasa di dada, kerana raya pertama tanpa ibu yang dah lama pergi dan tanpa ayah jugak yang sudah hampir setahun menghadap Ilahi. Macam anak yatim piatulah gitu.(Huhuhu...dah tua bangkapun, mengaku anak yatim piatu lagi....luculah cik jah nih).

Tapi raya ini jugak membawa kebahagiaan yang tak terucap rasanya, pertemuan dengan sahabat lama yang dah lama lost contact dan of courselah dah lama tak jumpa.  17 tahun! bukan tempoh masa yang sekejap.  Kalau ada anak, dah jadi anak dara, dah nak dapat menantu.  begitulah lamanya aku tak berjumpa dengan sahabat aku nih.Yang sorang tu, aku dah jumpa awal tahun ini (2011), kebetulan dia ditukarkan ke sekolah yang sama dengan aku. So, bila dah jumpa, tak tahu nak cerita. Terharu sangat2. Teruja sangat2.Banyak cerita sangat2. Pendek kata semuanya sangat2lah....So, picture speak louder than word...(hiihihihii...betul ke tu cik jah oiii?)
Layan ajelah cik pah gambar2 nih....


Dua orang sahabat yang 17 tahun hilang di mata, tetapi sentiasa dekat di hati


Bila tengok anak2, rasa macam kami ni  dah tua....

Tetapi masih terselit 'rasa remaja' itu....huhuhuu

Sahabat yang sentiasa ku rindui...

Para suami juga sibuk, entah apa jugak yang dibualkan mereka..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


klik...