 |
Belimbing buluh sedang berbuah...lebatnya.. |
Aku dah hampir 16 tahun berkahwin. Dia seorang suami yang hanya aku kenali selepas kami sah menjadi suami isteri. 'Family Arrangement'. Dia seorang yang sederhana dalam serba serbi. Tetapi seorang suami yang sangat baik. Aku ni jenis garang sikit, dan cepat melenting. Suami aku pulak 'cool' aje. Dan dia sangat suit dengan aku. Selalunya sekeras2 aku, akan cair bila berdepan dengan suami aku ni. Kenape? Dia ada baca2 ke? Taklah...aku ni jenis yang tak boleh sgt2 dengan sesapa saje yang cool bila time aku melenting, kalau orang berlembut dengan aku, aku akan jadi lagi lembut. Kalau orang marah, aku akan lagi marah.Huh..nak buek camno, dah itulah sikap aku.
 |
Inilah pokok serai kayu... |
Suami aku ni sangat suka bercucuk tanam. Kalau kat rumah kami tu macam-macam yang ditanam. Daripada pokok berbatang keras sampailah ke pokok yang tak ada batang. Hihihihi....Ada pokok jambu, limau nipis dan limau kasturi...macam2lah. Pokok herba pun ditanamnya jugak. Macam pokok misai kucing, pokok herba untuk batu karang. Emmm...sayuran pun ada. Satu kelebihan yang aku perasan pada suami aku ni, apa sahaja yang ditanam semuanya menjadi. Subur menghijau. Jiran aku beritahu, tangan suami aku sejuk....macam orang2 tua selalu cakap.
 |
Sayur sawi..manis rasanya bila tanam sendiri |
Selain bertanam, suami aku ni juga, suka membela. Bukan bela sebarang bela. Juga bukan membela hantu. Suamiku suka bela apa? Bela burung. Sekarang ni dok galak membela burung serindit "lover bird". Rasa2nya dah ada lebih kurang 10 pasang. Dah lama juga dia membelanya, dah beranak pinak pun. Satu lagi, suami aku ni memang pandai dalam bab bertukang ni. Sarang burung tu pun dia buat sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan