I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengikut

Jumaat, 4 Februari 2011

hubungan hebat dengan Allah...

Walau berbagai ragam dan acara yang dilakukan oleh kita sebagai manusia, sebenarnya kita hanya menuju satu hakikat iaitu kematian.Setiap saat bertambah umur kita, maka setiap saat itulah kita menuju ke arah itu.  Tiada sesiapapun yang makin menjauhi hakikat yang ditakuti oleh ramai manusia itu. Kita berjalan ke depan, bukannya berjalan ke belakang. Semakin kita berusaha untuk menjauhinya, semakin ianya mendekati kita...itulah hakikat kematian.

Lalu aku terfikir, kenapa kita perlu menghabiskan seluruh kehidupan kita untuk dunia semata-mata, kalau tempat tujuan kita adalah mati?  Bukankah patut kita menyerahkan seluruh jiwa dan raga kita untuk Allah sebagai persediaan untuk menghadapi saat kematian itu?  Apatah lagi kalau umur kita dah masuk waktu asar (maksud aku 40-an)? Apalah sangat yang dikejar dunia ini yang sementara sahaja. Namun ..kalau yang dah ada keluarga..mesti mereka akan menjawab.."alah...i bekerja siang dan malam, bertungkus lumus ni untuk anak-anak i juga..." Betulkah begitu? Ada kemungkinan tak anak2 mereka akan berusaha bersungguh2 bersedekah, beribadah etc...semata2 untuk kita yang dah mati? Wallahu'alam....kalau betul didikan kita, maka itulah yang kita dapat.

Lalu aku memerhati, terutamanya orang2 yang berada di sekeliling aku.  Aku dapati, (maaflah kalau aku silap) ramai yang rajin bekerja dan berhempas pulas untuk mendapatkan wang atau untuk menyara hidup mereka. tapi kehidupan mereka begitu juga.  Kais pagi makan tengahari, kais petang makan malam, kais malam makan pagi. Nampak tak senang jugak mereka. Hidup mereka macam bermasalah, haru biru, kelam kelibut.  Aku terfikir, kenapa ya begitu? Rupa2nya ada sesuatu yang penting yang mereka lupakan.  Mereka sangat rajin bekerja sehingga melupakan Allah. Mereka bertungkus lumus sehingga tidak sempat untuk mendirikan solat. Dengan harapan, waktu yang ada boleh digunakan semaksimum yang boleh untuk mencari rezeki.

Tapi mereka lupa solat adalah kewajipan yang menjadi fardhu ke atas setiap muslim mukallaf.  Solat menjadi tiang agama, tanpa solat robohlah agama.  Itulah yang disebut dalam mafhum hadis Rasulullah s.a.w :

"Perbezaan antara kafir dan muslim adalah pada solat"

Dengan solat jiwa kita akan tenang.Dengan solat kita akan mempunyai hubungan yang rapat dengan Allah, Maha Pemberi Rezeki. Dengan solat, segala pekerjaan kita akan diberkati dan diredhai Allah, lalu makanan secubit, kenyangnya sehari. Jadi kalau kita sudah puas berusaha untuk menyara hidup, tapi belum cukup2 juga, cubalah buat semakan/muhasabah diri....solat kita bagaimana? Sudah sempurna? 

Aku cukup suka dengan kata2 ini (ciptaan aku sendiri sebenarnya...hihihi..)

      "Kalau kita ingin jadi manusia hebat, binalah hubungan yang hebat dengan Pencipta 
        manusia (iaitu Allah SWT)" 

Aku selalu ingatkan pelajar2 aku, tanam kukuh dalam jiwa mereka agar mereka benar2 faham pentingnya  menjaga hubungan dengan Allah SWT.  Hubungan hebat dengan Allah? Of course lah hubungan ini secara rasminya tercipta melalui solat.  Medium lain pun boleh, e.g. zikir.  Cuma solat itu lebih rasmilah. Sebab melalui solat kita akan berhubung terus dan live dengan Allah SWT. Dirikanlah solat 5 waktu.  Nak hebat lagi, buatlah solat2 sunat.  Banyak sebenarnya solat sunat. Selain solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu, solat sunat dhuha sebagai  pembuka pintu rezeki, solat sunat tahajjud kita akan dipandang hebat di kalangan makhluk ciptaan Allah.

Berilah ruang untuk diri kita membina hubungan yang hebat dengan Allah.  Jangan hanya mengejar dunia sahaja. Nanti jadi macam "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". Dunia kita tak hebat, akhirat kita tak dapat, akhirnya jadi sahabat syaitan dalam neraka. Solatlah perkara pertama yang akan ditanya di Padang Mahsyar nanti.  Kalau solat kita tidak beres, maka yang lain pun akan..... kantoi!!!!!  Tahulah dimana nasib kita nanti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


klik...