sajak ni aku tulis masa kat UM, lebih kurang tahun 1991...yelah...tengah memendam perasaan sorang2, menyimpan cinta sorang...orangnya tak tahu...huhuhu...aku dulu pun pernah bercinta jugak macam orang lain jugak, cuma aku bercinta tak macam muda mudi sekarang. Aku hanya menyimpan perasaan itu pada seseorang, tak pernah pulak meluahkannya. Bagi aku cinta begitu lagi seronok, melayan perasaan cinta sorang2 lagi syok. Pelik kan? Macam biasa, aku ni memang pelik. Bukan apa, tatasusila dan agama perlu dijaga. Kalau betul Allah dah takdirkan untuk aku, takkan kemana. Tapi kalau aku tak dapat, memang Allah dah tetapkan ianya bukan milik aku sejak azali lagi. Tapi kalau hari ni, bercinta sakan, bagaikan nak rak, dah serahkan jiwa dan raga, dah guna badan dan body, alih2 ditinggalkan begitu sahaja.Malu dapat, dosa pun bertambah.
Ketika-ketika
ketika-ketika
ada duka di dada
mengenangkan peritnya
ombak menghempas dada..
pantai
ketika-ketika
ada sepi di hati
mengenangkan camar bersembunyi
tiada lagi berbunyi
ketika-ketika
ada duka
ada sepi
silih berganti
tersungkur aku
di pantai hati
mengejar ombak
menghambat camar
Ciptaan :
cikjah@journalkehidupanku
Tiada ulasan:
Catat Ulasan