I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengikut

Sabtu, 19 Februari 2011

Hujung minggu...

Menu hujung minggu...


Hujung minggu, hari yang selalu ku tunggu...hujung minggu selalu ku nanti.  Kenapa?  Hari untuk aku bersantai dan berehat, setelah kepenatan mengejar dunia pekerjaanku.  Hari minggu juga adalah hari yang ditunggu oleh suami dan anak aku.  Bukan apa, selalunya hari minggu, aku boleh masak special sikit...tidaklah sangat2 special.
Emmm...sambal putih pauh dan ulaman..

Hummm....hari minggu ni nak masak apa ye?.  entah....dah kehabisan idea nak masak apa.  Buka peti ais, emmm...ada mangga muda, ada ikan selayang.  Emm..nak masak apa ye.  Emmmm...kalau buat sambal mangga muda sedap jugak ni.

Sambal mangga muda ni, kalau kat kelantan lebih dikenali sebagai "sambal putik pauh".  Putik pauh tu maksudnya mangga yang masih muda.  Bahan yang diperlukan tak banyak, dan cara nak membuatnya tidak susah.  Mula2 tu ikan selayang perlu dibakar atau dikukus atau boleh jugak digoreng tapi sekejap aje, asal masak aje jangan sampai garing. Gunakan ikan selayang sebab ikan ni yang paling sedap lah.., ikan lain pun boleh jugak.  Dah suam2 kuku ikan tu, ambil isinya sahaja. Mangga muda tu dibuang kulit dan dicincang.  Lepas tu, tumbukkan cili dan garam halus agak2 dalam 3 camca teh. Dah hancur biji2 cili2 ni barulah dimasukkan isi ikan dan ditumbuk sebati. Akhirnya masukkan mangga cincang tadi dan ditumbuk lagi.  Jangan terlalu hancur mangga tu, nanti sambal tu jadi macam berair sikit, so tak berapa sedaplah.  Then, bolehlah dimakan.

Berselera suamiku...siap bertambah lagi..
Ikan kembung gulai kuning, sambal mangga muda dicicah dengan  ulam : kacang botoi, daun serai kayu dan "pucuk beko" menjadi menu utama kami.  Selalunya suami aku suka sangat makan sambal putik pauh ni dengan tembikai.  Dah kebetulan tak ada, makan ajelah dengan ulam biasa2.  Suami aku apa lagi, licin dan siap bertambah lagi makannya. Sedap sungguh. Sambal yang agak2 masam dicicah dengan ulam, emmmm...sedap. Dan untuk penghidap kencing manis, pucuk daun serai kayu sangat bagus untuk meneutralkan gula dalam darah. Ulam2 tu semuanya aku petik kat belakang dan tepi rumah aje. Berkhasiat, tak ade racun punya.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


klik...