I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengikut

Selasa, 8 Februari 2011

jalan berilmu amat payah...

Aku terbaca coretan Ustaz Sidek Baba dalam majalah Solusi yang terbaru, tentang susah dan perit kisahnya untuk menuntut ilmu.  Lalu aku pun terkenanglah masa aku belajar dulu.Memang susah dan perit, tapi mungkin tidaklah seperit yang dirasai oleh Ustaz Sidek.  Zaman Ustaz Sidek dulu, mungkin zaman awal kemerdekaan, tapi aku dah zaman lama merdeka.  Jadi, peritnya tentulah tak sama, tapi susahnya masih serupa.

Aku dari keluarga susah, ayah dan ibu membanting tulang untuk menyediakan segala keperluan kami.  Berkematu tangan ayah untuk membesarkan kami, berpeluh sampai ke keting, ibu membantu. Tapi ayah dan ibu tidak pernah mengeluh.  Memahami situasi kami, aku redha dengan apa yang ada.

Aku bersekolah di bandar Kota Bharu, SMU(A) Maahad Muhammadi.  Aku tinggal nun di kampung, di seberang Sungai Kelantan.  Untuk ke sekolah aku perlu menyeberangi sungai Kelantan setiap hari dengan boat.
Setiap hari, lebih kurang pukul 6.20 pagi, aku sudah keluar dari rumah dengan mengayuh basikal untuk ke jeti di Palekbang. Rasa2nya tak layak disebut jeti kot. Ini kerana asal  ianya adalah rumah rakit, iaitu rumah yang dibina atas sungai...kemudian dijadikan tempat untuk penduduk yang ingin menaiki boat pergi dan balik ke Kota Bharu.  Sebenarnya, selain ke Kota Bahru, ada beberapa laluan lain lagi, termasuklah ke Kampung Cina, di Penambang, atau ke Lido, di Kota Bharu jugak.

Selepas 20 minit mengayuh basikal, aku sampai kat jeti dan 'park' basikal kat tempat parking biasa, aku menghayun langkahku lebih kurang 5 minit, baru sampai di jeti. Lebih kurang pukul 6.50 pagi, boat akan bertolak ke Kota Bharu yang mengambil masa lebih kurang 25-30 minit untuk sampai. Selalunya masa atas boat itu aku ambil peluang untuk mentelaah pelajaran.  Selalunya aku tak ada masa kat rumah, sebab membantu ibu membuat kuih untuk jualan. Cakap aje, hang nak makan kuih apa, karipap, puteri 2 sebilik, belebab, pulut panggang atau pulut 'dakap', pejam mata aje aku boleh buat...hahaha..bukan nak cakap besar, tapi itulah kuih2 yang aku belajar dari ibu selama bertahun2 membantunya.

Lebih kurang pukul 7.15, aku dah sampai kat seberang sana.  Belum sampai sekolah lagi lah... jauh lagi nak sampai...sabar ye...Ini baru sampai kat jeti di Kota Bharu.  Dari sini aku terpaksa menghayunkan langkah aku lagi sekali, jauh juga.Lebih kurang 20-25 minit jugak. dah berpeluh2, baru sampai kat sekolah.  Ini petua untuk anak2 pelajar, do the exercise, sebelum ke sekolah, nanti oksigen cepat naik ke kepala.  Otak jadi cerdas, tidak mengantuk kat sekolah.  Sebab seingat aku, aku tak pernah mengantuk kat kelas.

Itulah sebagaian daripada ceritera aku dalam menuntut ilmu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


klik...