Makcik penjual tempe, seperti biasa menyiapkan tempe2nya dengan sebaik mungkin. Kacangnya dibersihkan, dicampurkan dengan bahan tertentu dan dibungkus dengan sewajarnya menggunakan bahan yang bagus. Pagi2 esoknya, makcik tempe membawa tempe untuk jualan di tempat biasa, dengan penuh harapan dan doa agar tempenya dapatlah dijual pada hari tersebut.
![]() |
tempe.. |
Keesokan harinya, makcik tempe membawa tempenya itu lagi ke pasar, dengan harapan dan doa agar tempenya masak, dan ada yang sudi membelinya. Peristiwa semalam berulang lagi. Semua orang nak membeli tempe yang masak, tapi tempe makcik tidak juga masak. Kembali lagi makcik tempe ke rumah....tempenya juga tidak terjual walaupun sebungkus.
Hari yang kedua, dibawa lagi tempenya ke pasar. Masih lagi menggantung harapan dan doanya kepada Allah. Doanya kepada Allah, moga hari ini tempenya dapat dijual. Berulang kali doanya kepada Allah. Berterusan dia mengharapkan rezeki daripada Allah. Tiba2 datanglah seorang lelaki bertanyakan tentang tempenya. Makcik tempe menunjukkan tempenya kepada lelaki tersebut. "Oh...tempe makcik belum masak..." makcik tempe masih mendoakan agar tempenya masak. "..emm...saya memang mencari tempe yang belum masak, saya nak beli semuanya sekali.."makcik tempe terkesima.
Moral : setiap yang berlaku pada diri kita, pasti ada hikmah di sebaliknya. Mungkin kita tidak realize, tapi itulah yang berlaku. Allah tidak akan jadikan sesuatu itu sia2. Janganlah sedih, kalau kita minta sesuatu, Allah bagi sesuatu yang lain. Ketahuilah, sesuatu yang lain itu, pasti yang terbaik untuk kita. Atau kita dah berusaha dan berdoa kepadaNYA, tapi masih belum dikabulkan, janganlah risau...kerana Allah sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita. Yang penting, berusaha dan terus berdoa kepadaNYA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan